Wednesday, April 6, 2016

Terima Hikmah dalam Dugaan

Assalammualaikum. 

hey! its April! sekejap jak masa tue berlalu. the last post pun bulan 2 yang lepas. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.

Actually, tiada yang menarik juga cuma ingin share something bagi aku rahmat dan hadiah Allah swt untuk aku. YES! bila kau mula pecaya setiap apa yang kau buat kerana redha Allah swt, kau rasa hati kau paling ringan yang pernah kau rasa. ok, ini cuma mukadimah sahaja yer.. sebenarnya ini yang aku mau share tue.
.................... 
................
...........
sebelum aku dapat kerja baru di papar which is tempat tinggal aku sendiri, aku kerja di bawah Kementerian Kerja Raya dalam Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (fuuhh..panjang!). aku kerja sebagai pekerja sambilan harian, so faham la kan kalau pekerja sambilan nie macam mana, of koz problem pertama masalah gaji sebab orang lain suda habis gaji and tinggal tunggu masuk gaji seterusnya, kau pula masi menunggu gaji kau stage by stage kena urus (part sini selalu buat aku jadi hulk). oleh kerana keadaan gaji yang berikutan buat aku susah payah mau teruskan kerja dan juga faktor perbelanjaan harian juga buat aku nda tahan sebenarnya. so, aku ambil keputusan mau kerja di papar supaya lebih jimat, masa ini lah aku di uji dengan dapat kerja bergaji rendah tapi dekat dengan rumah aku sendiri. yup! tempat kerja aku cuma di pekan papar. for awhile aku jadi serba salah mau terima atau nda, aku jadi banyak fikir, and more fikir cukup ka RM500 untuk bantu keluarga+belanja diri sendiri. oleh kerana aku desperate mau kerja di papar untuk cut cost perbelanjaan, aku dengan tawakal nya terima kerja tue. 


introduction, aku kerja di A.M DESIGN & PRINT. Kedai perkhidmatan buat baju macam logo,design,nama, everything yang orang mau simpan di baju. yeah, itu kerja aku sekarang. mula-mula bos aku rasa hairan sebab apa aku sanggup terima gaji rm500, sampai ketawa juga dia. jawapan aku cuma 1, aku sangat perlu kerja yang dekat dengan rumah. Alhamdulillah, aku besyukur sangat-sangat, dan betul bila kau redha,tawakal dan beserah semua dengan Allah swt, Dia mesti bagi kau yang terbaik, dan sebenarnya gaji yang sikit tue yang paling berkat. biarpun nda besar mana gaji, tapi alhamdulillah aku dapat jalankan tanggungjawab sebagai anak, dan alhamdulillah dgn rm500 tue semua cukup. and for the first time selama aku pernah bekerja, ini lah bos aku yang paling terbaik. orangnya yang sangat permurah dengan ilmu. every single ilmu tentang perniagaan dia share and even ajar aku macam mana mau buat, sebab janji dia cuma satu sejak hari pertama aku terima kerja tue, dia mau ajar aku sampai aku dapat buka business aku sendiri. In Shaa Allah. i become more focus dengan kerja, and i love my job. untuk pertama kalinya aku suka kerja aku. 


so, jangan lepaskan kalau ada peluang cerah depan mata kamu, dan kalau kamu minat kamu teruskan sebab keikhlasan bekerja tue yang bawa berkat. jangan rasa kecewa bila sedikit yang kamu dapat, ingat selalu yang rezeki kita Allah swt sudah tetapkan cuma masanya mungkin cepat dan lambat. yang sikit kita syukuri, yang banyak kita kongsi. : ) 

semoga Allah swt perluaskan rezeki kamu semua baik dari segi rezeki keluarga,kesihatan, pekerjaan mahupun perniagaan kamu. 

Aamiin. : )

see you guys next time! xoxo!


No comments:

Post a Comment