Tuesday, April 19, 2016

SACRIFICED

Assalammualaikum.

i feel something wrong this past few days, maybe Allah swt datangkan rasa tue untuk aku lebih ingatkan dia. aku cuma dapat assume macam tue instead of fikir negatif. arrghhh! everything seems wrong to me. apa yang aku buat semua rasa salah and nda baik. 

kemarin bungsu minta temankan dia pegi kuburan, maybe dia rindu dengan arwah bapa tua and mama tua. sampai sana aku jadi sebak semacam, aku jadi rasa bersalah (maybe sebab lama nda ziarah), aku jadi rasa nda cukup baik selama aku hidup nie. itu pasal aku cakap, this past few days aku rasa something wrong. tiba-tiba aku tefikir "ini tempat aku nanti, sama ada tempat nie jemput aku dulu atau jodoh". aku beserah juga kalau ajal jemput aku dulu, tapi aku harap Allah swt bagi aku peluang untuk kasi senang orang tua at least kalau aku tinggalkan dorang, dorang dalam keadaan yang senang. In Shaa Allah.

aku tefikir last meet up aku sama dia masa di kuburan tue, every single thing aku ingat. dari aku start masuk kereta sampai aku turun kereta masuk rumah aku. i should teach my brain apa yang aku perlu ingat and apa yang tidak perlu. haha! i sacrificed everything i felt about him, and aku delete dia dari acc WC. aku kena buat macam tue, sebab aku nda mau hati aku jadi tambah jauh. tiba-tiba hati aku berubah mula suka dia. aku lupakan apa yang pernah jadi antara kami and perasaan tue datang balik. dan macam biasa juga setiap kali aku mula rasa perasaan aku berubah balik, aku delete semua. walau macam mana pun aku kena lupakan semua, korbankan perasaan. kalau ini yang terbaik untuk aku, untuk hati aku, aku redha, aku korbankan semua perasaan yang ada nie kerana Allah swt. 

aku buat begini bukan sebab aku nda kuat mau hadap dia, tapi sebab rasa besalah aku dengan tuhan sendiri lebih besar dari perasaan sayang yang datang. pengorbanan aku nie tanda aku menyerah semua di tangan Allah. macam aku pernah cakap, kalau dia yang Allah tetapkan didalam Luh Mahfuz aku, sampai masa dia datang balik. pengorbanan aku nie juga tanda aku tebus semua salah dan dosa aku buat dengan Allah. u guys know right how bad it feels bila kita ada buat salah, lagi-lagi dengan pencipta. 3 malam aku nangis hanya sebab aku rasa besalah. aku rasa besalah sebab aku lemah. Allah baru izinkan aku jumpa dia tapi aku sudah mula lemah. lemah dengan perasaan yang hadir. 

aku harap pengorbanan yang aku buat nie boleh buat hati aku tambah ringan. walau apa pun aku tetap salahkan diri sendiri, sebab aku terlalu rapuh & lemah. rapuh bila jumpa orang yang aku sayang, lemah bila aku suda mula jauh dengan orang yang aku sayang. sebab perasaan yang hadir tue fitrah,aku nda dapat salahkan orang yang buat aku mula suka dia balik. sebab yang salahnya tue aku, aku acknowledge dengan life status dia sekarang. dia bukan orang yang aku boleh dapat balik, biar habis usaha yang aku buat untuk dapat balik, aku memang nda mungkin dapat balik. dan sebab nie aku korbankan semua perasaan. 

again, it takes time lagi untuk aku back to normal. aku avoid dari orang lain nampak aku rapuh balik. aku avoid dari adie & kawan-kawan aku nampak yang aku lemah lepas jumpa dia, aku nda mau dorang tau yang aku lemah dengan perasaan sendiri sebab dorang suda advice aku dari jumpa, tapi eyalah kan aku cuma merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang dan tentukan. aku pun nda sangka Allah izinkan aku jumpa dia hari tue, sebab kalau ikut jadual kerja, aku kena kerja masa tue. dan mungkin juga Allah izinkan aku jumpa dia supaya perasaan begini hadir dekat aku dan aku akan kerap cari DIA untuk meluah. aku sedar lately nie sebelum jumpa dia, aku ada lalai sikit. sembahyang kadang-kadang mau abis waktu baru aku mau kelam kabut berwudhu, jarang bangun tengah malam untuk becerita denganNYA. T_T  dan ini lah maksud aku perasaan besalah yang datang combo sekali dengan perasaan yang aku kena korbankan. 

life not easy kan macam yang dalam tv kita selalu tengok. haha! kira lama juga aku nda rasa perasaaan begini. perasaan sedih yang kau cuma mau duduk di satu tempat yang paling sunyi dan mengadu denganNYA. anyway, aku tefikir untuk delete dia di fb lagi, tapi lepas dapat jawapan istikharah aku. In Shaa Allah. kenapa aku tunggu jawapan? sebab Allah swt sebaik perancang. kalau perkara nie baik untuk aku, hati aku kenapa aku mau delete kan kami masih boleh berkawan. semuanya sudah tertulis apa yang bakal jadi, aku manusia biasa, keupayaan aku untuk tau apa yang bakal jadi lepas nie terbatas, aku cuma boleh tau dengan tanya DIA. sebab DIA maha mengetahui. : )


i got to go now guys. see u soon, In Shaa Allah. and have a good days. : )

No comments:

Post a Comment