Saturday, April 30, 2016

Namanya TAKDIR

Assalamualaikum.

What i'm going to share tonight is a story about 1 of my friend yang bakal bertunang lagi 2 minggu dari sekarang.

Untuk dijadikan cerita yang berpengajaran untuk aku sendiri and pembaca. Kawan aku before decide untuk bertunang nie, actually suprising us a lot sebabnya kami tau yang dia dengan boifie dia before agak lama juga, tapi disebabkan kawan aku nie terlalu lama besabar dan bagi banyak peluang dgn boifie yang entah apa-apa ada dalam kepala otaknya. Dorang bersama for around 5 years kalau aku nda silap since lepas habis sekolah. 

Semua family sedara mara kawan aku nie memang acknowledge suda dengan hubungan dorang tapi eyalah kan kalau satu pihak jak yang kuat hati mau ada hubungan halal tapi satu pihak lagi masih rasa mau enjoy macam dunia nie masi muda untuk kau fikir tentang enjoy memang sampai mereput kau akan kekal dengan hubungan yang tiada arah kemana2 tue. Actually dari last year dia bawa tunang dulu, tapi alasan dan janji c boifie nie berguni juga banyaknya. Mula-mula awal tahun 2015 mau tunang tapi sampai hujung tahun tiada apa khabar, sampai lah masuk 2016. At last hubungan dorang berhenti di pertengahan jalan. Bohong la bila kawan aku cakap dia sudah move on, eh! Like i never been at that situation pula bila dia mau admit dia suda lupa. Sedangkan aku mau lupakan relay yang nda sampai setahun pun mau ambil masa SATU TAHUN untuk move on. Yes2, u olls buleh panggil aku lame sebab lambat sangat mau move on. Tapi itu lah kenyataan yang hakiki aku kena admit. 

Suddently kawan aku call bagitau yang last month dia mau kena risik, so i thought her boifie tapi bukan. Lelaki yang merisik nie lelaki yang pernah jadi boifie dia masa kawan aku nie 'break for a moment'  dengan boifie 5 tahun tue. Lelaki yang datang nie direct mau merisik sebab itu lah niat dia. So kawan aku nie pun cuba untuk berfikiran positif dengan menganggap ini semua takdir yang Allah SWT tentukan untuk dia. Jd dia pun setuju. 

Rasa biadapnya bila ex-boifie nie sudah tau berita gembira kawan aku nie baru lah dia mula tegedik-gedik mau return, come back bagai. For what abg oi?? Kau lupa ka macam mana struggle kawan aku nie buat family dia dari nda suka sampai suka kau, ambil hati family kau yang entah apa hal tiada angin ribut nda suka kawan aku? Its unfair for her bila dia baru mau rasa dihargai kau datang mendajal untuk hancurkan impian dia?! Ok aku jd emosi sedikit oleh kerana aku nampak every single thing happen between them and every tears yang keluar dari mata dia sebab lelaki yang cuma datang untuk rasa sayang bila dia rasa dia perlu. Huhuhu

Since kawan aku suda bertanda, ex-boifie dia mula mainkan peranannya sebagai lelaki melayu terakhir. Lame! 
Hati perempuan nie macam kerak nasi, lama pun kerak nasi tue kalau kau pandai and tau cara untuk hilangkan pandai hilang juga dan begitu lah perasaan perempuan macam kawan aku nie. Lelaki yang kau suda share life for 5 years tue datang dan minta maaf bagai tue of coz la kawan aku jadi serba salah. And paling sedih bila lelaki tue datang tempat kerja kawan aku untuk tunjuk muka dia yang lelaki melayu terakhir untuk buat kawan aku jadi rapuh macam biskut hancur. Kenapa mau kejam sangat?? Thats what my friend ask me. 

Oleh sebab aku pernah lalui saat2 genting perasaan macam tue aku pun nda mau keruhkan keadaan lagi dengan majlis tunang lagi 2 minggu. I told her my story, how i survive, dengan siapa aku minta tolong masa tue. Pada mulanya aku ingat ex boyfie aku nie orang yang kejam sebab dalam keadaan aku move on dia datang and aku dengan tanpa berfikir jumpa dia even aku tau aku masih belum mampu kawal perasaan aku sendiri. Pada masa tue memang aku set otak aku yang dia sengaja datang mau kacau hidup aku yang tengah dalam proses untuk lupakan dia. After 1 years beb, kawan kolej aku massege and tanya kenapa aku susah mau maafkan dia, dan sebab aku x maafkan dia buat hati aku nda tenang. So sejak malam tue, aku direct message ex boyfie aku and cakap aku minta maaf atas semua yang aku buat. Dalam masa tue aku jadi tambah belajar and latih hati aku untuk redha dengan apa yang jadi.

Sampailah aku jumpa quote pasal "setiap apa yang berlaku bukan kerana ianya satu kebetulan, tapi itu adalah takdir yang Allah swt telah tuliskan di dalam Luh MahFuz kita". Alhamdulillah, setiap kali aku mula bekontek balik after berapa lama nda behubung aku latih diri aku untuk terima ini adalah takdir allah swt untuk uji aku. Aku hambaNYA yang selalu lalai dan lupa, setiap kali Allah swt datangkan ex boyfie aku dalam bila-bila masa jak, aku ambil yang baik dari dugaan yang datang tue sebab kemungkinan dalam solat aku ada yang kurang, seperti kusyuk dan zikir ataupun bila aku suda mula melambatkan waktu solat aku atau dengan  sengaja tinggalkan solat. oleh kerana Allah swt sayangkan setiap hambanya, DIA akan datangkan ujian agar kita lebih dekat dengan NYA. 

So itu la yang aku explain dekat kawan aku, sebab aku sedar setiap kali ex boyfie aku datang masa tue aku selalu ada pe'el malas-malas solat atau masa tue aku jarang bangun tengah malam untuk solat sunat. Cantikkan perancangan Allah swt untuk hambanya? Dan pada masa dia datang aku mesti rasa perasaan terganggu, masa tue lah selalu hamba Allah swt nie ambil masa yang lama untuk duduk di sejadah dan mula buka al-quran agar perasaan tue pulih seperti biasa. Alhamdulillah sangat-sangat ex boyfie aku buat aku lebih dekat dengan Pencipta. Begitu juga lah aku explain dengan kawan aku agar dia nda salahkan exboyfie dia yang datang tunjuk muka dan buat hatinya rapuh dan meronta. Sebab semua sudah tertulis. : )

Takdir Allah swt kita nda dapat jangka rupanya macam mana,mampu atau tidak kita hadap. Tapi kalau kita pecaya yang Allah swt akan bantu kita dan tahu kita mampu hadap In Shaa Allah semuanya dipermudahkan. Alhamdullilah, lepas explain semuanya kawan aku mula tenang dan berfikir panjang untuk lupakan benda yang lepas sebab apa yang penting majlis dia berlangsung lagi 2 minggu so dia nda banyak masa untuk layan perasaan yang datang oleh kerana syaitonnirojim nie penjeles yang tegar dan ndakan mungkin begitu senang lepaskan umat nabi muhammad nie untuk halalkan hubungan.

Semoga segalanya dipermudahkan untuk kawan aku begitu juga untuk kita semua. In Shaa Allah. Lesson learn sini, setiap apa yang berlaku kita ambil yang baik-baik jak, anggap ini lah perjalanan yang Allah swt suda tetapkan untuk kita di dunia. Kerana dunia nie sementara, itulah Allah swt bagi dugaan yang banyak untuk latih kita. "Bukan senang untuk masuk syurga, dan bukan susah untuk masuk neraka". Semoga Allah swt lindungi kita semua, pelihara hubungan kita semua bersama pasangan masing-masing. Aamiiin Rabbal alamin.

Goodnight,XoXo

No comments:

Post a Comment