Sunday, April 24, 2016

Istikharahku, Petunjukmu.

Assalammualikum.

Istikharah, bila aku perlukan petunjuk dari Allah swt. bila aku mula sembahyang istikharah nie memang aku suda mula buntu dan rasa ragu-ragu dengan hati aku sendiri.

oleh sebab sayang tidak semestinya memiliki, aku mula minta petunjuk dari Allah, kalau pilihan aku nie yang terbaik. aku teringat untuk sembahyang istikharah nie bila kawan aku pernah cakap, untuk tetapkan hati aku dia suru aku cuba minta petunjuk dari Allah. maybe masa tue dia suda nampak parah hati aku. tapi masa tue aku cuma sembahyang sekali jak, tapi kali nie aku banyak tanya pendapat orang-orang yang pernah mengalami dan banyak tenguk youtube untuk ni. at last adie aku bagitau sembahyang istikharah 7 hari beturut, actually it depends nda semestinya mesti 7 hari beturut cuma ini bagi yang masi ragu-ragu macam aku nie. perasaan ragu-ragu aku lagi tinggi jadi aku mulakan lah sembahyang istikharah setiap kali sebelum aku tidur.

untuk beberapa hati tue, petunjuk tu aku nda nampak apa lagi mimpi. semua kosong. tapi 3 hari terakhir tue aku mula mimpi. 3 hari pertama aku mimpi dia datang, duduk depan aku and cakap untuk jumpa mama dia, tapi cuma sampai situ jak sebab aku tekejut dan bangun. 2 hari terakhir pula aku mimpi lagi dia, tapi kali nie dia cakap benda pasal tinggalkan dan lepaskan, seperti biasa aku bangun dan mula fikir, ini ka petunjuk Allah bagi aku. dan macam aku cakap perasaan ragu-ragu aku nie tinggi, aku tanya kawan aku balik apa yang aku mimpi. oh yah, kawan aku nie lelaki dan dia lah yang banyak ingatkan aku pasal Allah, dia juga yang terima buruk baik aku jadi kawan dia. i call him 'incik', aku selalu cari dia bila aku ada petanyaan pasal solat. dia bukan ustaz, tapi dia kawan yang ada pengetahuan agama yang lebih banyak dari aku. dan dia suka share benda-benda tue dengan aku, untuk bagi aku sokongan. bila dia tau masalah aku pasal perasaan nie, aku cerita yang aku minta petunjuk dari Allah melalui sembahyang istikharah, suddently dia message cakap dia keluar air mata bila dapat tau, perasaan dia terharu sangat sebab dia nda sangka aku betul-betul berubah sampai keputusan yang melibatkan perasaan aku tanya Allah swt bebanding manusia. Allah swt yang maha mengetahui, kenapa aku mau tanya orang sedangkan Allah swt dapat bagi aku jawapan terus. : )

at last, dia cakap 'cik suda minta petunjuk, so sekarang tawakal dan beserah'. selama 7 hari tue perasaan aku hari-hari berdebar. dan hari nie aku sudah lepaskan dan beserah. aku pecaya Allah swt ada perancangan terbaik untuk aku. dan aku doakan dia juga dapat orang yang akan bimbing dia jadi macam dulu balik, semoga dia juga dapat petunjuk dan hidayah macam mana Allah swt bagi aku.. 

nikmat sembahyang istikharah nie lain sikit aku dapat cakap, sebab bila kita sungguh-sungguh minta petunjuk, Allah bagi depan mata. so, kalau kamu betul-betul buntu sudah jangan berat hati or malas sembahyang istikharah, sebab itu la jawapan paling tepat kita dapat. kerana DIA lah yang Maha Mengetahui sedangkan kita terbatas. 

guys, i will update lagi bila aku free. : ) semoga kita dalam lindungan-Nya, dan semoga Allah swt pelihara hubungan kamu yang sudah kahwin ataupun suda pasang niat untuk bina masjid, semoga dipermudahkan. Aaamiin. oleh sebab aku terbatas untuk tau apa-apa pasal diri dia, aku cuma boleh doakan dia. lagi power lah pakai doa instead of cakap dengan dia. haha! aku sentiasa doakan dia dapat hidayah, dilindungi oleh Allah, diperluaskan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. take care N.A . : )

No comments:

Post a Comment