Thursday, June 4, 2015

PENERIMAAN

Aku tersedar, cara utama untuk aku teruskan hidup adalah terima.
Aku terima perpisahan aku.
Aku terima dengan hati terbuka (usaha mencuba).
Aku percaya dengan ketentuan Allah.
Aku banyak lihat diri aku semula.

Mungkin dia bukan milik aku.
Untuk sekarang.
Atau selamanya.

Dan aku percaya satu hal, Allah ada perancangan yang lebih baik.
Aku tersedar lagi dan lagi, itu akibatnya kalau kau sayang manusia,
Melebihi kau sayang Pencipta.
Itu akibatnya.

Cinta tanpa tujuan yang betul, itu bukan cinta.
Itu suka.
Dan suka itu jahat dan nakal.
Suka itu boleh buat kau semakin jauh dengan Tuhan.
Ramai yang keliru antara suka dan cinta.
Dan sedapkan hati dengan mengatakan itu cinta.
Apabila manusia mula mempersoalkannya.

Bila kau takut kehilangan orang yang kau sayang,
Itu peluang syaitan untuk campur tangan.
Kau kena tahu kepakaran syaitan, dia boleh kacau hati kau.
Dan hati yang kacau, buat kau nampak tiada bezanya dengan dia.

Thank you Faiz Ibrahim for remind me this.
(Nangissssss) T_T

No comments:

Post a Comment