Monday, May 25, 2015

PENGHIJRAHAN

As'salam. Hey,Hey,Hey!! lately nie aku jadi rajin meng-updatekan blog aku nie. okay, actually aku malas mau update but someone request me untuk cerita bagaimana hati aku terbuka untuk berhijrah. Thanks to my loyal readers.

Aku dulu macam yang kamu tau time blog Sayabudakbaru nie dicipta memang aku perempuan yang FREE HAIR. Agak lama juga untuk aku berhijrah. Selalunya orang-orang yang free hair nie tunggu seru dari Allah swt kononnya baru mau mula pakai hijab. Different with me. Aku bukan dapat seru dengan cara Allah swt mimpikan aku ka apa, tapi Allah swt temukan aku dengan insan yang buka minda aku, buka hati aku untuk berhijab. Bukan sebab orang lain tapi semuanya sebab untuk kebaikan aku belakang hari.

Aku memang jenis liat mau pakai tudung nie sebenarnya, kamu tau kan yang aku ada Twin Sister. So, adie aku orang yang mula-mula pakai hijab. Dia selalu kasi nampak aku perangai orang yang mula bertudung nie lain sikit. Semua serba serbi rasa nda buli buat itu, nda buli buat ini. bila aku nampak dia macam serba serbi nda buli buat itu ini, aku jadi rasa terkongkong sampai aku tanya dia sendiri, 'kau nda rasa terkongkong ka? kau nda buli buat itu buat ini.' , 'then dia jawap la, siapa cakap nda buli buat apa aku suka? aku buat apa yang aku suka juga sekarang nie. cuma bezanya, kau nda buli begaya liar macam dulu sebab kau ada amanah untuk jaga reputasi perempuan-perempuan betudung di dunia nie and jadi perempuan yang lebih hargai diri sendiri.' okay time nie aku still rasa berhijab nie leceh. even adie aku suda explain pun aku still rasa leceh.

Rasa leceh tue nda la melekat lama sangat dengan aku bila aku jadi suka tengok adie aku pakai tudung. aku nampak dia ayu, aku nampak dia macam perempuan innocent tapi ini bukan reason kenapa aku berhijrah. Reason besar aku kenapa aku berubah dan berhijrah bila Allah swt temukan aku dengan insan yang dengan lantangnya becakap dan menyuarakan niat hati dia pada hari tue dengan cakap sama aku "Perempuan macam kau nie senang jak aku dapat diluar". Pedas? sakit ulu hati dengar. tapi itu la sebab kenapa aku terbuka minda mau berubah dan berhijrah.

Bila aku dengar orang tue cakap begitu, aku tefikri "ahh! macam tue ka dia nilai and nampak aku sebagai seorang perempuan. kalau perempuan yang selalu and senang dapat diluar ertinya aku perempuan yang sama macam perempuan di luar tue'. so malam tue memang aku fikir dalam-dalam. nda silap time puasa aku dengar orang tue cakap begitu sama aku. oh yah! actually, orang tue pun aku nda kenal dia juz bagi pandangan dia yang biadap tapi bernas tue dengan aku. unexpected person lah maksudnya nie.

aku mula fikir yang aku kena berubah, jadi perempuan yang satu masa nanti bakal suami aku sendiri cakap dengan aku yang dia bersyukur dan betuah sebab dapat aku. Biar aku bukannya lahir memang perempuan yang baik ulahnya, tapi aku mau satu masa nanti ada orang yang tengok aku sebagai seorang perempuan yang ada maruah and harga diri, bukan setakat perempuan yang sama di luar yang insan bajet perfect tue selalu jumpa and nampak. Terima Kasih untuk insan tue sebab buat aku terbuka minda dan hati.

so,now aku muhasabah diri selalu. ingatkan diri sendiri yang nda semua orang akan nilai aku sebagai seorang wanita, tapi aku kena belajar untuk jadi wanita. wanita untuk bakal imam aku. aku bukan berubah semata-mata supaya satu masa nanti Allah swt bagi aku bakal lelaki yang macam imam, tapi aku berharap dapat lelaki yang cukup bertanggungjawap untuk jaga hati dan perasaan aku, sabar dengan kelakuan aku, bimbing aku untuk berubah jadi lebih baik dari sebelumnya, and pandang aku sebagai seorang wanita bukan sebagai perempuan yang biasa kena jumpa di luar. In Shaa Allah.

sebab utama aku berubah cuma itu, bila aku mula sedar banyak yang aku perlu ubah dengan diri aku sendiri. mula terfikir kesian dengan mama bapa yang banyak tanggung dosa anak. alhamdulillah, aku berubah sebelum telambat. aku bukan lah berubah jadi malaikat, tapi cukup dapat buat orang lain untuk hormat bila pandang.

so, macam tue lah ceritanya. masing-masing ada cerita sendiri kenapa kamu berubah dan berhijrah, dan ini lah cerita aku.

okay readers. itu jak untuk malam nie sebabnya aku mula nda tahan dengan sakit kepala yang aku rasa sekarang. kiranya memang mau mengarang panjang-panjang tapi biarlah cukup cerita sampai sini jak.

Terima Kasih untuk luangkan masa kamu. Goodnight Sayang Semua.

Love, Miss H.A

No comments:

Post a Comment