Tuesday, May 26, 2015

Maaf Dan Lupa

As'salam.. lately nie aku rasa emosi aku nda berapa mau baik. Aku cepat naik angin sama orang, menyampah bila orang tanya aku benda yang sama, and since Dia message aku hari tue. Or maybe hormon aku mengalami perubahan buat aku rasa begini.

Its been 7 months aku tahan semua, tempuh semua, redah segalanya. 7 bulan bukan tempoh yang sekejap, and sakit tue aku still rasa. Perasaan tue bukan setakat sedih,sakit,kecewa tapi bercampur dengan benci. Apa yang aku lalui selama 7 bulan tue buat aku susah mau maafkan dia apa lagi lupakan semua. Sampai bila-bila aku ndakan pernah lupa.

Aku cuba kuatkan diri aku, cuba biasakan diri dengan environment aku sekarang, cuba semua yang aku mampu untuk hidup balik, cari kebahagian untuk diri aku sendiri. Untuk aku move on bukan senang, aku cuba macam-macam cara and at last aku dapat. Tapi bila benda yang kau cuba kasi lupa, and orang yang kau mau kasi lupa datang tiba-tiba and bangkit semua benda yang kau try utk let go dulu buat kau stuck dalam situasi tue.

Aku nda minta penjelasan kenapa dia pergi, aku nda mau tau pun penjelasan tue. Tapi bila dia jelaskan semua buat aku rasa apa yang dia sampaikan tue macam 'rubbish'. Untuk apa bagi penjelasan bila kau sendiri lari tinggalkan, kau cakap sayang tapi sayang tue cuma sekadar dalam mulut bukan dari niat hati kau sendiri. Untuk apa mau bagi penjelasan sekarang bila kau sudah bahagia dengan orang lain. Untuk buat aku rasa life aku nie miserable, sebab aku blm jumpa orang lain yang buli gantikan kau. How i wish i can say all these thing to you, in front of you. Supaya kau tau macam mana aku try mau move on lepas apa semua yang aku lalui and kau bagi.

Tapi aku cuma dapat cakap and share di sini. Bila kau cakap "dlm byk2 she's the best", buat aku rasa kau lah insan yang tiada hati manusia. Even berapa banyak pun compliment yang aku dapat dari kau, biar macam mana bagus pun, biar macam mana pun tinggi sayang yg kau pernah bagi dengan aku STILL belum dapat balas apa yang aku lalui situasi sangat2 perit tue. Setiap sebab yang kau bagi semua sebab munasabah bodoh untuk aku.

Dia cakap aku ego. Aku bukan ego, tapi aku protect hati aku untuk elak rasa lagi sakit. Bila aku fikir semuanya, aku rasa silap apa yang aku buat sampai aku nda nampak yang dia sebenarnya bukan untuk aku. Dari mula lagi aku kena bagi elak untuk sama-sama dia, lepas 2 tahun baru aku tefikir untuk cuba bagi dia peluang. Maybe betul, aku salah bagi orang peluang. Orang yang betul2 mengharapkan peluang tue, aku abaikan tapi aku bagi orang yang langsung nda tau hargai peluang tue. Its okay, aku nampak and sedar silap aku dimana.

Aku bukan nda mau kasi maaf and cuba lupakan apa yang aku rasa, tapi aku pilih untuk terus ingat supaya satu masa nanti aku dapat guna pengalaman and rasa nie untuk protect diri aku sendiri. Aku rasa besalah dengan kawan-kawan yg mau cuba nasib jadi pengganti dia, tapi semua aku tolak. Bukan aku memilih, sebab kalau aku mau bandingkan memang yang mau cuba nasib nie jauh lebih bagus dalam kerjaya,agama dan tanggungjawap tapi aku rasa sebab orang yang baik macam dorang nie nda layak untuk dapat aku. Biar macam mana pun dorang cakap dorang sanggup tapi aku pilih untuk teruskan bekawan sebab aku nda mau satu hari nanti aku buat dorang kecewa dengan diri aku. Oleh kerana sebab-sebab tertentu buat aku terus pilih untuk hidup single. In Shaa Allah.

Everyone cakap aku nie pelik, even parents aku sendiri cakap aku pelik sebab dulunya memang aku lah orang yang selalu bagitau and cerita dengan mama aku yang aku mau tamatkan zaman bujang aku awal and kalau buli dalam tahun nie. Time aku kerja dulu, yah memang ada orang datang meminang, lelaki tue memang cukup dengan kerjaya,boleh tanggung hidup aku or maybe aku nie tinggal jadi surirumah jak nda payah kerja sebab lelaki tue cukup dapat tanggung. Tapi oleh kerana aku still sama-sama dengan Dia, aku tolak mentah2 lelaki tue, lelaki tue pujuk aku untuk fikir balik tapi aku still cakap ndamau sebab aku fikir apa yang Dia rasa bila aku terima pinangan orang lain sedangkan aku masi in relay dgn dia. At last orang tua aku sendiri cakap dengan lelaki tue utk tarik diri sebab orang tua aku hormat dengan Dia yang sekarang ada hubungan dgn anak dorg.

The funny moment lagi bila lelaki tue or 'abang' (aku memang panggil dia abang selama nie sebab dia lebih tua dari aku),, tau yang aku suda stay single sekarang, he still ask me the same question "kalau abang dtg pinang izah lagi kali nie,izah terima ka?", omg! nda pecaya sebab abang nie determined. Tapi aku still cakap nda sebab abang nie telampau baik untuk dapat aku. Thank you abang sebab still care about me.

Banyak reason buat aku fikir untuk pilih orang dalam hidup aku, terlalu banyak. And apa yang Dia cakap betul, "sebab aku perempuan, sebab aku yang kena pandang", dan sebab-sebab apa yang dia cakap lah buat aku fikir tentang diri sendiri and orang lain yang niat ikhlas untuk aku.

Aku belajar serahkan semuanya kepada Allah swt utk tentukan siapa.

Untuk aku maafkan and lupakan semua bukan benda senang sebab semua benda nie lah buat aku stuck fikir pasal diri sendiri dan orang lain. Buat aku takut. Buat aku berjaga-jaga.

But, you guys jgn lah belajar dari apa yang aku bt nie. Kamu patut mula memaafkan and melupakan. Sebab kamu ada banyak sebab untuk teruskan hidup. Yes, kita semua sama-sama teruskan hidup. : )

Aku berharap satu masa nanti aku sendiri belajar untuk maafkan dia and lupakan semua pasal dia. Masa sekarang cuma tue yang aku ada untuk terus push aku untuk move on.

Thats all for tonite sayang. Goodnight.

Love,Miss H.A

No comments:

Post a Comment